BORANG MAKLUMAT KS ECOHARVEST

Nama *

First

Last
Alamat *

Street Address

Address Line 2

City

State / Province / Region

Postal / Zip Code

Country
Email *
Telefon *
Perkhidmatan *
 Pertanyaan & Khidmat Nasihat 
 Pembelian 
 Kursus & Latihan 
 Komen & Cadangan 
Pesanan/Keterangan Anda *
Bagaimana Anda Mengetahui Mengenai Kami
 Facebook 
 Google Search Engine 
 Yahoo 
 Blog 
 Rakan Anda 
 Iklan/Advertisement 
 Lain-lain (Nyatakan) 
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[Refresh Image] [What's This?]
Powered byEMF Forms Online
Report Abuse

Like Kami Di Facebook

Sistem Tanaman Tanpa Tanah

Amalan penanaman sayuran dalam persekitaran terkawal lazimnya menggunakan medium tanpa tanah.Misalnya kultur air, aeroponik, pasir perlite, rockwool dan sphagnum peat. Walau bagaimanapun, kebelakangan ini medium coco-peat iaitu habuk empulur kulit kelapa dan sekam padi (bakar) didapati sesuai untuk sistem ini, tambahan pula ia mudah diperoleh dengan kos yang murah serta lebih mesra alam.

Medium tanpa tanah pada umumnya bebas penyakit, mempunyai pengudaraan yang baik, memegang air dan nutrien dengan baik, dan ia ringan serta mudah dikerjakan. Medium tanpa tanah secara tersendirinya tidak menyumbang nutrien yang diperlukan oleh tanaman. Sumber nutrien dibekalkan melalui larutan nutrien dalam kultur air, ataupun sistem pengairan baja titis bagi medium selain air. Bekalan nutrien dalam bentuk larutan tersedia dan sangat mudah diserap oleh tanaman. Namun begitu, formulasi pembajaan, kepekatan nutrien, kadar pengairan perlu disesuaikan mengikut jenis sayuran dan peringkat pertumbuhannya.





Kebaikan Sistem Kultur Tanpa Tanah

  • Hasil seunit kawasan ladang ditingkatkan 2-4 kali ganda berbanding kaedah penanaman biasa. Pertumbuhan dan perkembangan pokok lebih cepat, oleh itu pengeluaran hasil lebih awal. Air dan nutrien dibekalkan secara efisien kepada setiap pokok dan menghasilkan pertumbuhan seragam serta hasil keseluruhannya tinggi.
  • Benih daripada hibrid yang tinggi hasil dan kualitinya sangat sesuai digunakan kerana daya rangsangan yang baik terhadap bekalan nutrien.
  • mengelakkan penyakit dan serangga perosak terutama yang berasal daripada tanah.
  • Sesuai dilaksanakan di dalam rumah tanaman dan persekitaran terkawal.


Kelemahan Sistem Kultur Tanpa Tanah

  • Modal permulaan yang tinggi.
  • Perlu tingkatkan pengetahuan dan kemahiran kerana amalan tanaman agak berbeza berbanding kaedah konvensional.


Jenis Sayuran Yang Sesuai
  • Rock Melon
  • Tomato
  • Selada Air
  • Cili Bulat
  • Cili Merah
  • Terung 
  • Timun 
  • Kubis cina
  • Kubis bunga
  • Brokoli
  • Kacang buncis
  • Kacang manis
  • Lobak putih
  • Parsley
  • Strawberi 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...