BORANG MAKLUMAT KS ECOHARVEST

Nama *

First

Last
Alamat *

Street Address

Address Line 2

City

State / Province / Region

Postal / Zip Code

Country
Email *
Telefon *
Perkhidmatan *
 Pertanyaan & Khidmat Nasihat 
 Pembelian 
 Kursus & Latihan 
 Komen & Cadangan 
Pesanan/Keterangan Anda *
Bagaimana Anda Mengetahui Mengenai Kami
 Facebook 
 Google Search Engine 
 Yahoo 
 Blog 
 Rakan Anda 
 Iklan/Advertisement 
 Lain-lain (Nyatakan) 
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[Refresh Image] [What's This?]
Powered byEMF Forms Online
Report Abuse

Like Kami Di Facebook

TERIMA KASIH : )

Assalamualaikum


Terima kasih & bersyukur kerana sentiasa dilimpahkan rezeki walaupun diberikan situasi yang menguji keupayaan diri.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang sentiasa menyokong saya selama ini dan juga "LIKE" fan page saya sehingga kini mencecah 907 like. Rakan-rakan se MENTOR saya, Alumni DAO, & juga peminat bidang pertanian khususnya yang sentiasa inginkan informasi terkini dalam bidang pertanian.




Alhamdulillah, berkat penumpuan saya dalam menyambung pelajaran ke peringkat ijazah telah membuahkan hasil apabila bulan Mei 2012 yang lalu saya telah dianugerahkan Master in Plantation Industry & Management.Saya juga telah di anugerahkan sebagai Pelajar Terbaik di Anugerah Kecemerlangan Fakulti Perladangan & Agroteknologi yang pertama.



Kini saya telah bersiap sedia menyusun atur perniagaan saya untuk memulakan proses membantu menambah nilai hidup anda dengan program2 yang harus anda sertai. Saya mesti membantu & melatih anda untuk mengenali bidang pertanian kerana ini merupakan kepakaran saya, ilmu yang telah Allah pinjamkan kepada saya akan dikongsikan untuk meningkatkan bidang pertanian di Malaysia ini.

Program-program yang bakal menyusul akan di paparkan di blog ini & juga di official fan page saya di http://www.facebook.com/ksecoharvest .

Teruskan mengikuti kami & sertailah program2 yang dijalankan oleh KS ECOHARVEST."LIKE" KS ECOHARVEST di FACEBOOK Ok!!!

Jika inginkan dunia, perlukan ilmu...
Jika inginkan akhirat, perlukan ilmu...
Jika inginkan kedua-duanya, juga perlukan ilmu... 

Read More..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

RICH FOLIAR

Salam kepada rakan2 sekalian!!!

Selamat meneruskan perjuangan anda dalam bidang pertanian!!! Anda Memang LUAR BIASA!!!
Kali ini kami ingin memperkenalkan satu produk yang amat sesuai digunakan di kebun/ladang anda. Produk ini diberi nama DI GROW.
 
APA ITU DI GROW?

Baja DI GROW amat sesuai digunakan sebagai FOLIAR pada semua jenis tanaman


D.I. Grow merupakan baja cecair yang diperkuatkan dengan formulasi baru, kaya dengan makronutrien, mikonutrien, Asid Humik, dan Ekstrak Acadian Seaweed. Ia mesra alam dan membantu tumbesaran pokok-pokok, sayur-sayuran, buah-buahan, dan bunga-bungaan. Di samping memperbaiki kualiti tanah, ia juga meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil tanaman.

APAKAH KANDUNGAN DI DALAM BAJA DI GROW?  

Makronutrien: Nitrogen, Fosforus, Natrium, Kalium, Magnesium, Kalsium  
Mikronutrien: Besi, Mangan, Kuprum, Zink, Boron, Molibdenum
Nutrien Tambahan:  Asid Humik dan Ekstrak Acadian Seaweed    

APAKAH FUNGSI NUTRIEN TERSEBUT?

Makronutrien: Membantu tumbesaran tumbuh-tumbuhan, meningkatkan kualiti buah dan daun, serta meningkatkan penghasilan biji dan buah  
Mikronutrien: Penting bagi pembentukan klorofil dan diperlukan untuk fungsi enzim-enzim. Mereka memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan/pembiakan tanaman, pembentukan dinding sel, pengambilan kalsium, serta pergerakan hormon  
Nutrien Tambahan:
ASID HUMIK dapat mengukuhkan tumbesaran tanaman, membantu penyerapan nutrien, serta memperbaiki kualiti tanah
EKSTRAK ACADIAN SEAWEED menambahkan kesuburan, nutrisi, dan kualiti tanaman. Ia juga mengandungi asid alginik yang bertindak sebagai perapi tanah, memperbaiki keupayaan tanah untuk menakung air dan membantu pembentukan struktur tanah      

ADAKAH CIRI-CIRI & KEISTIMEWAAN BAJA DI GROW?

  • Menambah ketahanan tanaman terhadap penyakit yang disebabkan oleh bakteria dan fungus
  • Membantu tanaman berbunga dan berbuah, serta mengurangkan keguguran awal
  • Meningkatkan kadar fotosintesis dalam daun dan merangsang penyerapan nutrien akar tanaman
  • Meningkatkan hasil dan kualiti tanaman
  • Tidak bertoksik dan mesra alam
 Anda semua dijemput untuk melawat ke page terbaru kami iaitu RICH FOLIAR di
 http://www.facebook.com/pages/Rich-Foliar/348229008533181

Saya akan sambung untuk memberikan info mengenai 
DI GROW ini kepada anda!!! 
Nantikannya!!!

Read More..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TANAMAN ROCK MELON SESI JUN - SEPTEMBER 2011

 
Salam semua,

Program tanaman kali ini sudah sampai ke penghujungnya... Buah rock melon juga sudah sampai masanya untuk dituai.Bermula dari bulan Jun sehingga September, kini tiba masanya untuk anda bersama-sama mengambil kesempatan ini untuk merasai hasil tanaman kami.

Waktu ini warga KS ECOHARVEST giat mengeluarkan kesemua hasil tanaman untuk dikumpulkan & melakukan proses 'grading'. 

Permohonan KS ECOHARVEST juga telah diluluskan oleh pihak FAMA untuk membuka tapak promosi di 3 Pasar Tani iaitu:

- PASAR TANI MEGA PETALING JAYA SEKSYEN 17 (KHAMIS / 150911)
- PASAR TANI MEGA KELANA JAYA (SABTU / 170911)
- PASAR TANI MEGA SHAH ALAM (AHAD / 180911)

Kami akan berada di ketiga-tiga Pasar Tani berikut bermula dari jam 7.00 pagi - 12.00 tengahari.

Jangan ketinggalan untuk bertemu dengan kami & membeli hasil pertanian kami!!!





Read More..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...