BORANG MAKLUMAT KS ECOHARVEST

Nama *

First

Last
Alamat *

Street Address

Address Line 2

City

State / Province / Region

Postal / Zip Code

Country
Email *
Telefon *
Perkhidmatan *
 Pertanyaan & Khidmat Nasihat 
 Pembelian 
 Kursus & Latihan 
 Komen & Cadangan 
Pesanan/Keterangan Anda *
Bagaimana Anda Mengetahui Mengenai Kami
 Facebook 
 Google Search Engine 
 Yahoo 
 Blog 
 Rakan Anda 
 Iklan/Advertisement 
 Lain-lain (Nyatakan) 
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[Refresh Image] [What's This?]
Powered byEMF Forms Online
Report Abuse

Like Kami Di Facebook

RACUN SERANGGA SEMULAJADI

Serangan serangga perosak dan juga penyakit atau panggilan planters PEST & DISEASE (P&D)kadangkala boleh mencecah sehingga ke tahap kritikal terutama sekali di musim hujan seperti sekarang ini. Penggunaan racun kimia sekalipun belum tentu dapat mengurangkan serangan ini. Masalah yang sama juga terjadi kepada kami.
Kos racun yang tinggi amatlah dirasai tatkala serangan semakin serius, maka saya seharusnya mencari alternatif lain bagi menangani masalah ini daripada berlarutan.
Setelah beberapa penyelidikan biasa dilakukan, saya tertarik untuk membuat racun semulajadi buatan sendiri. Kebanyakan testimoni yang saya baca banyak memberikan respon positif apabila menggunakan racun semulajadi tersebut.
Bagi menghasilkan racun semulajadi ini, bahan-bahannya amtlah mudah untuk didapati kerana kesemuanya adalah barangan keperluan harian yang kita gunakan untuk memasak. Menarik kan?
Bahan-bahan tersebut akan dikisar sehingga lumat sebelum dibiarkan selama semalaman. Keesokan harinya barulah kita tapis dan kemudiannya di campurkan dengan air bersih dengan nisbah 1:200.
Kebaikan racun semulajadi:
  1. Kos yang murah
  2. Mudah didapati
  3. Selamat
  4. Semulajadi (tiada kaitan dengan bahan kimia)
  5. Kadar rintangan (resistence) serangga tidak akan berlaku
  6. Seronok untuk melakukan terutama bagi mereka yang jarang memasak
Untuk penggunaan seterusnya saya akan menambah beberapa bahan lain seperti daun semambu (neem), minyak lestari (essential oil), bawang merah, serai wangi dan lain-lain.
Saya akan memberikan respon saya setelah selesai menggunakan racun semulajadi ini.OK!!!
Selamat mencuba!!!

Read More..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SELAMAT TINGGAL 2009...GEGAR 2010!!!

Tahun 2009 hanya tinggal beberapa hari sahaja sebelum ia melabuhkan tirainya...begitu banyak perkara menarik yang ingin dikongsikan sepanjang tahun 2009 ini. Setelah nekad untuk mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan yang sudah hampir 4 tahun dipegang di dalam Boustead Plantation pada bulan September 2009, kini saya benar2 ingin menguji diri dengan meneroka bidang pertanian ini sedalam mungkin.
Selama 4 bulan berusaha mempersiapkan segala kemudahan asas dan tanaman, amat menguji keupayaan diri. Alhamdulillah dengan sokongan keluarga terutama isteri tercinta, impian untuk memiliki perniagaan sendiri kini tercapai.

Dari hutan yang dipenuhi dengan pohon buluh, kini tanah dipenuhi dengan sayuran yang menghijau...
Keluarga, adik beradik, dan rakan-rakan yang datang memberikan sokongan dengan mengerahkan tenaga mereka dalam menjayakan projek ini... Isteri dan anak serta kakak yang sentiasa berada disisi memberikan semangat tidak kira dalam bentuk apa sekalipun...Terima kasih!!!

KINI APAKAH MISI DAN MATLAMAT

KS ECOHARVEST

UNTUK TAHUN 2010???

SAMA SAMALAH KITA KETAHUINYA PADA PENGHUJUNG 2009 NANTI...

Read More..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salam,
Kepada rakan-rakan sekalian, kini anda boleh menikmati air minuman ECPI serendah RM 5.80 (harga runcit - RM8.10) dengan mendaftarkan diri anda sebagai ahli ECPI dengan yuran RM50.00 sahaja!!! Juga kepada semua ahli yang berminat untuk menjadi SALES POINT, kini promosi serendah RM1552.00 sahaja!!! (Yuran normal - RM 5000.00). Tawaran sah sehingga 31/12/2009. Jangan ketinggalan!!!

Kepada pelanggan setia ECPI yang bukan merupakan ahli pula, diskaun terbaik untuk anda kini tiba!!!

  • BELI 1 BOTOL AIR ECPI - RM8.00 / Sebotol

  • BELI >1 BOTOL AIR ECPI- RM7.50 / Sebotol

Read More..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TIPS UNTUK DIKONGSI



Anda tentu resah & gelisah ketika memikirkan bagaimana untuk menghalau haiwan sekiranya ladang anda diganggu oleh monyet, beruk, ataupun lotong. Haiwan seperti ini mampu untuk merosakkan tanaman anda dari hari ke hari dengan begitu pantas sekali andai anda tidak mengambil langkah pencegahan awal secepat mungkin. Disini saya ingin berkongsi kepada anda bagaimana saya mengawal serangan perosak ini. Sebelum saya mengambil keputusan untuk menggunakan teknik ini, ada beberapa petua yang telah diberikan kepada saya mengenainya. Antaranya:

  • Beri haiwan tersebut makanan & letakkan di kawasan luar dari kawasan ladang agar haiwan tersebut tidak mengganggu ladang kita.
  • Letakkan racun pada buah-buahan ataupun makanan & berikan kepada mereka dengan harapan haiwan tersebut akan mati selepas memakan makanan tersebut.
  • Tangkap beberapa ekor haiwan tersebut & spraykan dengan warna yang menakutkan kemudian dilepaskan agar rakan-rakan haiwan tersebut takut & lari.
  • Bunuh seekor haiwan terbut & gantung di luar kawasan ladang, ini akan menakutkan haiwan yang lain.

Petua sebegini amat berguna, tetapi bagi saya ia akan mengakibatkan haiwan tersebut akan pergi hanya untuk seketika & berkemungkinan ia akan datang kembali untuk membalas dendam.
Keputusan yang telah saya buat adalah:
  • Membungkus belacan kedalam beg plastik & kemudiannya digantungkan di sekeliling pagar ladang. Haiwan tersebut akan mengambilnya kemudian dikoyakkan lalu belacan itu akan terkena tangannya yang akan membawa padah.Tambahkan belacan tersebut sekiranya berkurangan
  • Menggantung Jus sirap yang telah dibotolkan desekeliling pagar ladang, dimana warna air di dalam botol itu se akan darah. Secara psikologinya ia akan menakutkan haiwan tersebut bahawa terdapat darah disekeliling kawasan ladang tersebut.

Alhamdulillah, setakat ini gangguan monyet, beruk & lotong dikawasan kami mencecah 0% selepas kami mengamalkan teknik tersebut. Kosnya juga murah dimana 1kg belacan hanya berharga RM5 dan boleh memuatkan sehingga 20 bungkusan.Jus sirap juga tidaklah terlalu mahal jika dibandingkan racun yang kita beli...

Ingatlah peribahasa ini

"SEPERTI BERUK KENA BELACAN"

SELAMAT MENCUBA!!!

Read More..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CABARAN & DUGAAN SERTA HIKMAHNYA...

Beberapa minggu lepas merupakan minggu yang sangat mencabar & penuh dengan dugaan...Hujan lebat berterusan mengakibatkan berlaku banjir kilat di kawasan ladang kami...Mujur ianya hanya naik disesetengah kawasan & di permukaan sahaja, tetapi bagi kawasan yang terkena tempiasnya,agak menyedihkan...Saya amat berharap kepada JKKK kampung agar dapat menyegerakan pembersihan parit utama yang penuh dengansampah sarap & juga seperti hutan itu. Anak benih kami juga merasa kekuatan hujan tersebut sehingga hampir separuh tray bertakung air.Tetapi perjalanan menuju kejayaan harus diteruskan...Tiba-tiba,satu lagi bencana datang, habis polibeg & juga line serta microtube diserang anjing liar & juga monyet...Biasalah...bekerja dengan alam semulajadi. Bekas pengurus ladang saya pernah mengatakan kepada saya "DON'T FIGHT NATURE"..So,just try to solve it..that's our responsibility...

Kerja-kerja penyusunan beg mengikut jarak & kelurusan sedang dijalankan oleh En. Ridzuan.

Proses mengenal pasti kadar air yang terkumpul untuk tempoh tertentu untuk di tetapkan dalam timer sedang dijalankan oleh Mr. Lo.

Alhamdulillah...Setiap cabaran & dugaan itu ada hikmah & ganjarannya...Dari hari Sabtu lepas sehingga ke hari ini, keadaan cuaca amat memuaskan..Walaupun panas,tapi ia amat membantu bagi memulihkan keadaan kawasan ladang kami...Kerja-kerja menyulam juga dapat di buat dengan baik termasuklah proses penyusunan beg mengikut jarak bagi memastikan kelurusannya. Segalanya berjalan dengan lancar setakat ini.Harapan kami agar cuaca sebegini akan berterusan untuk tempoh seminggu dua lagi...InsyAllah..Amin...


Read More..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ECPI


51 SEBAB SAINTIFIK MENGAPA PERLU MEMINUM ECPI 8-10 GELAS @ 2.5 - 3.0 LITER SEHARI

  1. Tubuh badan kehilangan bendalir/air di dalam tubuh di antara 6-8 gelas sehari dan ia wajib diganti 8-10 gelas atau 2.5-3.0 liter sehari.
  2. Tubuh badan memerlukan air yang halus, suci, beroksigen tinggi, berkolid, nano-mineral, beralkali, diamond clustered dan mengandungi tenaga therepeutic seperti air ECPI atau air zam-zam.
  3. Kekurangan air boleh menganggu fungsi organ dan akhirnya membunuh.
  4. Merangsang tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan.
  5. Menghasilkan tenaga elektrik dan tenaga mekanikal yang diperlukan oleh sel.
  6. Membentuk ikatan kukuh struktur kulit.
  7. Menghindar dan memperbaiki kerosakan DNA yang tidak normal.
  8. Merangsang sistem imun.
  9. Bertindak sebagai pelarut/bendalir yang membantu proses penghadaman.
  10. Memberi tenaga kepada makanan untuk proses penghadaman.
  11. Meningkatkan kadar penyerapan bahan penting yang terdapat di dalam makanan.
  12. Membantu proses pengangkutan semua bahan di dalam tubuh.
  13. Meningkatkan kemampuan sel darah merah mengumpul oksigen.
  14. Membawa oksigen ke dalam sel dan membawa gas buangan keluar.
  15. Mengeluarkan semua sisa-sisa toksid dari seluruh badan.
  16. Bertindak melincirkan kawasan sendi dan menghindarkan sakit sendi dan sakit bahagian belakang.
  17. Membina kekuatan tulang rangka.
  18. Membantu mengatasi masalah sembelit.
  19. Membantu mengatasi masalah serangan jantung dan angin ahmar.
  20. Membantu mengatasi masalah penyempitan saluran jantung & otak.
  21. Sangat berkesan di dalam membantu sistem penyejukan badan, perpeluhan dan pemanasan badan.
  22. Membekalkan tenaga elektrik bagi merangsang fungsi otak.
  23. Sangat diperlukan oleh hormon terutamanya neuro tranmiter termasuk serotonin.
  24. Sangat diperlukan bagi menghasilkan hormon otak termasuk melatonin.
  25. Menghindar dan mengatasi sindrom kurang perhatian.
  26. Menambah tenaga.
  27. Mempunyai cici terbaik dan boleh diminum tanpa kesan sampingan.
  28. Membantu mengurangkan stress dan kemurungan.
  29. Mampu mengatasi masalah tidur.
  30. Mengekalkan awet muda.
  31. Memperbaiki tahap penglihatan.
  32. Merangsang sistem pembuatan darah.
  33. Merangsang sistem pembuatan darah dan mengelak masalah leukimia dan lymphoma.
  34. Menjadikan sistem imunisasi lebih efektif.
  35. Melarut serta mengelakkan pembekuan darah serta menstabilkan viscocity, isipadu dan tekanan darah.
  36. Mengatasi masalah sengugut.
  37. Memulihkan sistem penghasilan darah.
  38. Mengatasi masalah pemendapan didalam saluran darah.
  39. Mengatasi masalah kekurangan air badan dan kehausan.
  40. Menigkatkan kemampuan tubuh menghasilkan hormon seks dan mengatasi masalah lenah syahwat.
  41. Memisahkan sensasi lapar & dahaga.
  42. Mengatasi masalah berat badan.
  43. Membersih mendapan pada sel, tisu, ruang sendi, buah pinggang, hati, otak & kulit.
  44. Mengurangkan kesakitan sewaktu kehamiilan.
  45. Membantu mengurangkan masalah keguguran.
  46. Mengkoordinasi fungsi otak & badan bagi meningkatkan kecekapan berfikir & bertindak.
  47. Mampu mengatasi masalah alzheimer multiple scleross, parkinson, & penyakit berkaitan disorder saraf & otak.
  48. Memulihkan ketagihan berkaitan kafein, alkohol, & beberapa jenis dadah.
  49. Meningkatkan sistem imun serta mewujudkan beberapa lapisan daya tahan.
  50. Mengkoordinasi seluruh tubuh badan & mampu mengubati setiap jenis penyakit.
  51. Minuman berfungsi tinggi untuk tenaga, kesihatan & kecantikan.
KENAPA ANDA PERLU MINUM AIR ECPI?






Read More..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS



Ini merupakan projek pertama saya bersama KS Ecoharvest. Projek pertanian ladang sayuran ini bertempat di Lot 2499, Jalan Bakti, Kg. Sg. Pinang, Batu 3, Jalan Kapar, 41400 Klang, Selangor Darul Ehsan. Ladang berkeluasan 2 ekar ini yang di beri nama "PLANTER'S VILLE" menempatkan tanaman seperti cili fertigasi pada 1 ekar pertama yang dijangka sebanyak 8550 pokok,dan tanaman di atas batas pada 1 ekar kedua yang akan ditentukan jenis tanamannya kemudian. Ladang ini juga terdapat infrastruktur untuk kegunaan harian seperti pejabat, rumah pekerja,dan juga ruang lapang yang sesuai untuk mesyuarat atau kursus. Terdapat juga tapak semaian bertutup yang boleh menempatkan sehingga 6000 pokok anak benih. Alhamdulillah setakat ini banyak juga permintaan untuk semaian anak benih cili yang saya terima bukan sahaja di kawasan Selangor, malah sehingga ke Melaka dan Johor. Terima kasih kepada para pelanggan yang mempercayai perkhidmatan kami. Pengalaman saya dalam bidang pertanian terutama perladangan banyak membantu saya dalam menghasilkan anak benih yang terbaik kerana saya percaya "50% SUCCESS COMES FROM PLANTING MATERIAL".


Read More..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salam Perkenalan


Nama saya Kamarul Ariffin bin Othman. Dilahirkan di Klang, Selangor pada 23 September 1983. Menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Batu Belah Klang sehingga tahun 1995, kemudian ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Klang (High School Klang) sehingga tahun 2000. Seterusnya saya telah menyambung pengajian saya di UiTM dengan mengambil jurusan Diploma in Plantation Industry and Management (DPIM) di Jengka, Pahang sehingga tahun 2004 sebelum melanjutkan pengajian saya di dalam B.Sc.(Hons) Plantation Industry and Technology Management sehingga tahun 2006. Saya telah memulakan kerjaya saya pada tahun Jun 2006 dengan menyertai Boustead Estate Agency Sdn. Bhd. sebagai Penolong Pengurus Ladang. Kuala Muda Estate, Sungai Petani Kedah merupakan ladang pertama yang diuruskan oleh saya seluas 1430.7 ha. Kemudian pada Mac 2008 saya telah dihantar ke Jih Estate, Kanowit Sarawak untuk membantu menguruskan ladang seluas 2618.0 ha. Oleh kerana minat yang sangat mendalam terhadap bidang pertanian, saya telah bercadang untuk meneruskan pengajian saya ke peringkat yang lebih tinggi, dan seterusnya tercetuslah idea untuk menubuhkan syarikat berasaskan pertanian hasil gabungan ilmu, pengalaman dan juga keyakinan bahawa "PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN".

Read More..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...