Anda tentu resah & gelisah ketika memikirkan bagaimana untuk menghalau haiwan sekiranya ladang anda diganggu oleh monyet, beruk, ataupun lotong. Haiwan seperti ini mampu untuk merosakkan tanaman anda dari hari ke hari dengan begitu pantas sekali andai anda tidak mengambil langkah pencegahan awal secepat mungkin. Disini saya ingin berkongsi kepada anda bagaimana saya mengawal serangan perosak ini. Sebelum saya mengambil keputusan untuk menggunakan teknik ini, ada beberapa petua yang telah diberikan kepada saya mengenainya. Antaranya:
- Beri haiwan tersebut makanan & letakkan di kawasan luar dari kawasan ladang agar haiwan tersebut tidak mengganggu ladang kita.
- Letakkan racun pada buah-buahan ataupun makanan & berikan kepada mereka dengan harapan haiwan tersebut akan mati selepas memakan makanan tersebut.
- Tangkap beberapa ekor haiwan tersebut & spraykan dengan warna yang menakutkan kemudian dilepaskan agar rakan-rakan haiwan tersebut takut & lari.
- Bunuh seekor haiwan terbut & gantung di luar kawasan ladang, ini akan menakutkan haiwan yang lain.
Petua sebegini amat berguna, tetapi bagi saya ia akan mengakibatkan haiwan tersebut akan pergi hanya untuk seketika & berkemungkinan ia akan datang kembali untuk membalas dendam.
Keputusan yang telah saya buat adalah:
- Membungkus belacan kedalam beg plastik & kemudiannya digantungkan di sekeliling pagar ladang. Haiwan tersebut akan mengambilnya kemudian dikoyakkan lalu belacan itu akan terkena tangannya yang akan membawa padah.Tambahkan belacan tersebut sekiranya berkurangan
- Menggantung Jus sirap yang telah dibotolkan desekeliling pagar ladang, dimana warna air di dalam botol itu se akan darah. Secara psikologinya ia akan menakutkan haiwan tersebut bahawa terdapat darah disekeliling kawasan ladang tersebut.
Alhamdulillah, setakat ini gangguan monyet, beruk & lotong dikawasan kami mencecah 0% selepas kami mengamalkan teknik tersebut. Kosnya juga murah dimana 1kg belacan hanya berharga RM5 dan boleh memuatkan sehingga 20 bungkusan.Jus sirap juga tidaklah terlalu mahal jika dibandingkan racun yang kita beli...
Ingatlah peribahasa ini
"SEPERTI BERUK KENA BELACAN"
SELAMAT MENCUBA!!!
0 comments:
Post a Comment