Salam,
Pada hari Rabu (050510) yang lalu, KS ECOHARVEST telah bekerjasama dengan pihak Sekolah Menangah Kebangsaan Tinggi Klang dalam memberikan taklimat serta latihan amali kepada pelajar tingkatan 4 & 5 yang mengambil matapelajaran Sains Pertanian.Keseluruhan pelajar tersebut adalah seramai 60 orang pelajar.
Tujuan taklimat & latihan amali ini diadakan adalah untuk memperkenalkan teknologi pertanian terbaru, dimana sistem pengairan merupakan antara isi kandungan utama taklimat tersebut. Para pelajar telah diberikan pendedahan mengenai sistem fertigasi yang juga telah dipasangkan di sekolah tersebut.
Terima kasih saya ucapkan kepada Puan Kheryani & Puan Pengetua yang memberikan peluang kepada pihak kami dalam berkongsi maklumat & juga pengalaman kepada pelajar semua memandangkan saya merupakan bekas pelajar 'HIGHSCHOOLIAN' & juga pelajar Sains Pertanian. Kami berharap agar taklimat ini menjadi pemangkin kepada penglibatan pelajar tersebut dalam bidang pertanian.
Kepada sekolah-sekolah yang mempunyai matapelajaran Sains Pertanian & juga inginkan suasanan kehijauan, kami bersedia untuk memberikan khidmat kami dalam menyusunatur projek pertanian, memberikan taklimat & khidmat nasihat, serta menjadi rakan projek kepada projek pertanian di sekolah anda. KS ECOHARVEST "your agrotech expert"
PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN
0 comments:
Post a Comment