Salam Maal Hijrah 1432,
Sempena Tahun Baru, banyak juga nak dikongsikan apa yang telah berlaku di sepanjang penghujung 1431 Hijrah yang lalu. Antaranya:
MUSIM KE-2 ROCK MELON
Musim ke-2 Rock Melon telahpun bermula pada bulan Ogos & hasilnya telah dituai pada bulan November yang lalu. Alhamdulillah, kejayaan ke-2 untuk projek Rock Melon telahpun kami kecapi walaupun rintangan kali ini lebih hebat berbanding yang sebelumnya dimana pada minggu-minggu terakhir cuaca agak tidak menentu. Pada kali kami telah berjaya memasarkan sendiri di Pasar Tani Mega Kelana Jaya & juga Shah Alam selain penghantaran bekalan kepada pemborong yang lain.
KS ECOHARVEST @ KOREA (ASEAN-ROK POSTHARVEST TECHNOLOGY PROGRAM FOR SME)
Alhamdulillah pada bulan Oktober, saya telah dihantar oleh pihak SME Corp. & MITI untuk mewakili Malaysia ke program Asean-ROK untuk mempelajari mengenai teknik lepas tuai di sana bersama rakan ASEAN yang lain. Seramai 2 orang sahaja wakil dari Malaysia yang dipilih ke program tersebut. Begitu banyak pelajaran & pengalaman yang dapat dikumpul sepanjang program tersebut. "JAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGAN'
PRACTICAL TRAINING SESI NOVEMBER 2010 (DPIM UiTM ARAU & JENGKA)
Musim pelajar praktikal sudahpun bermula pada 22 November 2010 yang lalu. Seramai 10 orang pelajar jurusan Diploma in Planting Industry & Management dari UiTM Arau & jengka telah mendaftarkan diri pada sesi kali ini. Rasa gembira dapat berjumpa kembali dengan 'junior' setelah hampir 7 tahun tak bertemu.
PEMBUKAAN KAWASAN TANAMAN BARU
Alhamdulillah, matlamat untuk memastikan kesemua blok tanaman di PLANTER'S VILLE siap dibuka akhirnya akan berjaya direalisasikan pada penghujung Disember ini. Blok C telah berjaya dibuka & sebanyak 1700 pokok rock melon telahpun ditanam dengan sokongan daripada pelajar praktikal yang menjalani latihan di PLANTER'S VILLE.
LAWATAN EX-STAFF
Pada bulan 24/11/10, PLANTER'S VILLE telah di menerima kunjungan daripada bekas staff ketika saya bekerja sebagai penolong pengurus ladang di Boustead Kuala Muda Estate, Sg.Petani Kedah. Saya sangat berterima kasih kepada Syawani kerana melawat saya setelah hampir 3 tahun saya meninggalkan KME. Saya berharap semoga anda semua berpuas hati melihat projek yang kami jalankan. Jangan lupa kalau berminat hubungilah saya disini.
ROCK MELON MUSIM KE-3
Rock Melon telah memasuki edisi ke-3 di mana blok baru (Blok C) telah digunakan buat pertama kalinya & sebanyak 1700 pokok rock melon telah ditanam pada 3/12/2010. Jangkaan tuaian hasil adalah pada pertengahan bulan Februari. Blok - blok yang lain akan menyusul tidak lama sahaja lagi.
Banyak lagi program - program lain yang telah kami lalui sepanjang beberapa bulan ini. InsyaAllah jika berkesempatan akan saya masukkan di dalam blog ini. Ok. Akhir kata, berhijrah lah kita ke jalan yang lebih baik kerana Allah Ta'ala.
"TAHUN YANG LALU SATU KENANGAN, TAHUN INI SATU CABARAN"
0 comments:
Post a Comment