BORANG MAKLUMAT KS ECOHARVEST

Nama *

First

Last
Alamat *

Street Address

Address Line 2

City

State / Province / Region

Postal / Zip Code

Country
Email *
Telefon *
Perkhidmatan *
 Pertanyaan & Khidmat Nasihat 
 Pembelian 
 Kursus & Latihan 
 Komen & Cadangan 
Pesanan/Keterangan Anda *
Bagaimana Anda Mengetahui Mengenai Kami
 Facebook 
 Google Search Engine 
 Yahoo 
 Blog 
 Rakan Anda 
 Iklan/Advertisement 
 Lain-lain (Nyatakan) 
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[Refresh Image] [What's This?]
Powered byEMF Forms Online
Report Abuse

Like Kami Di Facebook

TAHUN BARU 1432 HIJRAH

Salam Maal Hijrah 1432,

Sempena Tahun Baru, banyak juga nak dikongsikan apa yang telah berlaku di sepanjang penghujung 1431 Hijrah yang lalu. Antaranya:

MUSIM KE-2 ROCK MELON
Musim ke-2 Rock Melon telahpun bermula pada bulan Ogos & hasilnya telah dituai pada bulan November yang lalu. Alhamdulillah, kejayaan ke-2 untuk projek Rock Melon telahpun kami kecapi walaupun rintangan kali ini lebih hebat berbanding yang sebelumnya dimana pada minggu-minggu terakhir cuaca agak tidak menentu. Pada kali kami telah berjaya memasarkan sendiri di Pasar Tani Mega Kelana Jaya & juga Shah Alam selain penghantaran bekalan kepada pemborong yang lain.

KS ECOHARVEST @ KOREA (ASEAN-ROK POSTHARVEST TECHNOLOGY PROGRAM FOR SME)
Alhamdulillah pada bulan Oktober, saya telah dihantar oleh pihak SME Corp. & MITI untuk mewakili Malaysia ke program Asean-ROK untuk mempelajari mengenai teknik lepas tuai di sana bersama rakan ASEAN yang lain. Seramai 2 orang sahaja wakil dari Malaysia yang dipilih ke program tersebut. Begitu banyak pelajaran & pengalaman yang dapat dikumpul sepanjang program tersebut. "JAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGAN'

PRACTICAL TRAINING SESI NOVEMBER 2010 (DPIM UiTM ARAU & JENGKA)
Musim pelajar praktikal sudahpun bermula pada 22 November 2010 yang lalu. Seramai 10 orang pelajar jurusan Diploma in Planting Industry & Management dari UiTM Arau & jengka telah mendaftarkan diri pada sesi kali ini. Rasa gembira dapat berjumpa kembali dengan 'junior' setelah hampir 7 tahun tak bertemu.

PEMBUKAAN KAWASAN TANAMAN BARU
Alhamdulillah, matlamat untuk memastikan kesemua blok tanaman di PLANTER'S VILLE siap dibuka akhirnya akan berjaya direalisasikan pada penghujung Disember ini. Blok C telah berjaya dibuka & sebanyak 1700 pokok rock melon telahpun ditanam dengan sokongan daripada pelajar praktikal yang menjalani latihan di PLANTER'S VILLE.
LAWATAN EX-STAFF
Pada bulan 24/11/10, PLANTER'S VILLE telah di menerima kunjungan daripada bekas staff ketika saya bekerja sebagai penolong pengurus ladang di Boustead Kuala Muda Estate, Sg.Petani Kedah. Saya sangat berterima kasih kepada Syawani kerana melawat saya setelah hampir 3 tahun saya meninggalkan KME. Saya berharap semoga anda semua berpuas hati melihat projek yang kami jalankan. Jangan lupa kalau berminat hubungilah saya disini.

ROCK MELON MUSIM KE-3
Rock Melon telah memasuki edisi ke-3 di mana blok baru (Blok C) telah digunakan buat pertama kalinya & sebanyak 1700 pokok rock melon telah ditanam pada 3/12/2010. Jangkaan tuaian hasil adalah pada pertengahan bulan Februari. Blok - blok yang lain akan menyusul tidak lama sahaja lagi.

Banyak lagi program - program lain yang telah kami lalui sepanjang beberapa bulan ini. InsyaAllah jika berkesempatan akan saya masukkan di dalam blog ini. Ok. Akhir kata, berhijrah lah kita ke jalan yang lebih baik kerana Allah Ta'ala.

"TAHUN YANG LALU SATU KENANGAN, TAHUN INI SATU CABARAN"

Read More..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salam,
Kini 2010 telahpun memasuki bulan yang ke-8 (Ogos). Hampir 3 bulan saya tidak mengemaskini info terkini kepada anda semua. Sepanjang 3 bulan penuh dengan aktiviti dan gerak kerja membuatkan saya tidak sempat untuk update blog ini. Namun anda masih boleh mendapatkan perkembangan terkini syarikat di FACEBOOK dimana kami akan sentiasa memasukkan gambar terkini aktiviti.
Kali ini saya akan kongsikan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang bulan yang lalu.
Penglibatan KS ECOHARVEST di dalam program JUARA RAKYAT DUN Bukit Bintang di Pasar Seni, Kuala Lumpur. Kami mempamerkan teknologi fertigasi dalam bidang pertanian kepada seluruh rakyat Kuala Lumpur. Satu pengalaman yang amat menarik sekali
Tempoh 3minggu terakhir sebelum buah rock melon di tuai. Taklimat mengenai penjagaan buah rock melon agar sentiasa dalam keadaan baik
Sebahagian dari hasil rock melon yang berjaya dituai & menanti kedatangan lori untuk proses penghantaran
Penyertaan pelajar UiTM kampus Kuala Pilah jurusan DPIM semester II dalam mempelajari sistem fertigasi banyak membuka mata mereka mengenai pertanian moden
KAMI AKAN SAMBUNG LAPORAN KAMI SELEPAS INI OK!!!

















Read More..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HARI BERTEMU PELANGGAN




Salam...

Pada 8-9/05/10 yang lalu, KS ECOHARVEST telah menerima jemputan daripada Jabatan Pertanian Klang untuk menyertai 'HARI BERTEMU PELANGGAN' yang telah diadakan di Pusat Pertanian Meru, Klang, Selangor.

Pada acara yang diadakan selama 2 hari tersebut, kami telah membuka booth pameran serta kaunter jualan produk yang telah kami sediakan. Disamping itu, kami telah berjaya memperkenalkan syarikat kami kepada pengunjung yang hadir.

Acara seperti ini begitu penting dalam mempromosikan syarikat kami & juga perkhidmatan yang kami sediakan.

Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan begitu lancar sekali dan kami juga telah berjaya menjual hampir keseluruhan produk yang kami sediakan dengan begitu baik sekali.

Terima kasih saya ucapkan kepada isteri tercinta Siti Hajar, Ridzuan & Norrita, Azhar, Anuar, Ridhuan, Norlaily & keluarga, & ibu saya Puan Hamidah serta ramai lagi yang memberikan semangat & membantu kami serta menyokong perjuangan kami.

Terima kasih semua.

Read More..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...