BORANG MAKLUMAT KS ECOHARVEST

Nama *

First

Last
Alamat *

Street Address

Address Line 2

City

State / Province / Region

Postal / Zip Code

Country
Email *
Telefon *
Perkhidmatan *
 Pertanyaan & Khidmat Nasihat 
 Pembelian 
 Kursus & Latihan 
 Komen & Cadangan 
Pesanan/Keterangan Anda *
Bagaimana Anda Mengetahui Mengenai Kami
 Facebook 
 Google Search Engine 
 Yahoo 
 Blog 
 Rakan Anda 
 Iklan/Advertisement 
 Lain-lain (Nyatakan) 
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[Refresh Image] [What's This?]
Powered byEMF Forms Online
Report Abuse

Like Kami Di Facebook

2010 PROGRESS

Assalamualaikum kepada semua,
Mohon maaf kerana agak lama tidak mengemaskinikan blog. Alhamdulillah kini perniagaan pertanian yang diceburi telah membuahkan hasil seperti yang diharapkan. Kami telah memulakan kerja-kerja menuai cili pada 11 Februari 2010 & sehingga kini pengeluaran masih berjalan dengan lancar dimana setiap hari cili dapat dipetik diantara 70kg – 100kg. Keadaan ini telah membuatkan saya sangat sibuk dengan urusan jual beli hasil. Maklumlah, baru kali ini merasai dunia urusniaga & jualbeli ini.

Hasil Pengeluaran Cili Setiap Hari

Namun, musim kali ini akan kami hentikan awal berkemungkinan pada bulan April, 1 bulan lebih awal dari jadual asal, ianya disebabkan oleh penyelerasan yang kami lakukan bagi musim depan dimana kami akan membuka keseluruhan tapak pertanian kami yang bakal memuatkan sehingga 15000 pokok.

Disini saya ingin mengumumkan bahawa program ‘KS SMARTDEAL’ akan diperkenalkan dalam masa yang terdekat ini. Program ini memberi peluang kepada anda bersama-sama merasai semangat 'PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN' dengan mengadakan usahasama dalam projek pertanian yang kami jalankan. Pada kali ini kami akan memulakan dengan projek tanaman cili kami dan InsyaAllah program ini akan diteruskan dengan projek tanaman seterusnya seperti pisang, nangka, ubi kayu, nenas & tanaman lain.


Kini, kami dalam usaha mengukuhkan strategi pemasaran hasil keluaran agar lebih mantap & lebih berdaya saing. Kami mengalu-alukan syarikat/kilang yang menggunakan cili merah sebagai bahan asas dalam produk mereka untuk mengadakan perbincangan dengan pihak kami.

Sepanjang bulan Januari sehingga Mac ini, terdapat beberapa program yang telah dijalankan dan kami sertai di antaranya kehadiran penuntut & Pensyarah dari UiTM yang telah menjalankan projek ETR mereka di ladang kami selama 1 minggu. Ladang kami juga telah menerima kunjungan daripada pegawai FAMA Shah Alam, Klang & Puchong, seterusnya pegawai dari Jabatan Pertanian Klang. Kami juga telah menyertai beberapa kursus lanjutan yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Pertanian Daerah Klang.

Pensyarah & Penuntut Dari UiTM Shah Alam & Samarahan.

Setakat ini dahulu info terbaru dari kami, Insya Allah kami akan kongsikan informasi lain kepada anda.

Read More..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...