BORANG MAKLUMAT KS ECOHARVEST

Nama *

First

Last
Alamat *

Street Address

Address Line 2

City

State / Province / Region

Postal / Zip Code

Country
Email *
Telefon *
Perkhidmatan *
 Pertanyaan & Khidmat Nasihat 
 Pembelian 
 Kursus & Latihan 
 Komen & Cadangan 
Pesanan/Keterangan Anda *
Bagaimana Anda Mengetahui Mengenai Kami
 Facebook 
 Google Search Engine 
 Yahoo 
 Blog 
 Rakan Anda 
 Iklan/Advertisement 
 Lain-lain (Nyatakan) 
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[Refresh Image] [What's This?]
Powered byEMF Forms Online
Report Abuse

Like Kami Di Facebook

Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

PROJEK TANAMAN ROCK MELON SESI JUN - SEPTEMBER 2011



Assalamualaikum,

Perkembangan terbaru KS ECOHARVEST diteruskan dengan bermulanya program penanaman sesi JUN - SEPTEMBER 2011 dimana sebanyak 2000 benih rock melon "glamour' telah disemai & kini telahpun memasuki hari yang ke-5. InsyaAllah kerja-kerja transplanting akan dilakukan pada hari Khamis ini.

Tapak blok 'C' yang mampu memuatkan sehingga 1725 pokok juga telah berjaya di siapkan untuk memulakan projek yang bakal mengeluarkan anggaran hasil sebanyak 3 - 3.5 MT. 

Program penanaman ini akan diteruskan di blok yang lain (A,B,D) dimana kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan & berdasarkan perancangan, setiap blok akan ditanam mengikut perbezaan 2 minggu bagi setiap blok.

Kami mengharapkan & berdoa agar program kali ini berjalan dengan jayanya & mengikut seperti yang kami rancangkan, Amin...












Read More..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kursus Fertigasi Rock Melon

Rahsia Pertanian Moden


4 Perkara yang anda akan ketahui daripada rahsia pertanian moden

  1.        Apakah punca terjadinya leaching/kebocoran di dalam pertanian
  2.        Bagaimana  menukarkan kawasan yang terhad kepada hasil yang lumayan
  3.        Apakah strategi terbaik untuk menggandakan hasil anda
  4.        Bagaimana untuk mengubah pertanian biasa kepada ‘pertanian luar biasa.’


“Kejayaan hanya akan hadir kepada mereka yang segera bertindak”


BERTINDAK SEKARANG!

Daftar secara online
Sila lengkapkan butiran anda di borang am KS Ecoharvest.
Untuk dapatkan harga promosi, daftarkan 3 nama peserta dalam 1 borang

Atau

Daftar secara offline
Hubungi :
                  010-5432237 (En. Kamarul Ariffin)
            013-9155388 (En. Rawi)
            013- 9945967 ( En. Fadzil)
            013- 8251506 (Cik Noor Saleha)

  •          Yuran kursus boleh dijelaskan melalui akaun Maybank atau CIMB setelah anda mengisi borang am   KS Ecoharvest atau menyatakan persetujuan anda menyertai kursus ini melalui panggilan telefon.
    • Maybank - 162115900892 (Kamarul Ariffin Bin Othman)
    • CIMB - 02060077216528 (Kamarul Ariffin Bin Othman)
  •          Sila email slip bank/resit pembayaran kepada kami di ksecoharvest@gmail.com
  •          Sila simpan slip bank/resit pembayaran sebagai pas masuk pada hari kursus dijalankan.


KS Ecoharvest Your Agrotech Expert

Read More..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TRIP TO INDONESIA 2011

Salam warga KS ECOHARVEST,

Pada 6 - 11 Jun 2011 yang lalu, satu lawatan "GLOBALIZATION OF AGRICULTURE 2011" telah berjaya disempurnakan di mana saya merupakan salah seorang peserta yang telah menyertai program yang dianjurkan oleh P.A.P.S (Plantation & Agrotechnology Postgraduate Society) Universiti Teknologi Mara.

Lawatan tersebut bertujuan untuk meneroka bidang pertanian di luar negara, disamping berkongsi teknologi pertanian baru yang terdapat di negara jiran serantau.

Jakarta, Bogor & Bandung merupakan diantara daerah yang kami jelajahi di sepanjang lawatan tersebut. Universiti Pertanian Bogor (IPB) & Kementerian Pertanian Indonesia (Bogor) Litbang Pascapanen menjadi tempat utama dalam agenda lawatan kami.

Saya sebagai penuntut pascasiswazah & pada masa yang sama seorang usahawan amat bertuah kerana dapat bersama-sama berkongsi ilmu pengetahuan dalam bidang pertanian & perladangan dengan pihak IPB terutamanya. Kebolehan mereka dalam mewujudkan konsep perniagaan dalam pentadbiran mereka sehinggakan mereka mempunyai "Shopping Complex" mereka sendiri!!!

Perbincangan diantara Pihak Fakulti Perladangan & Agroteknologi UiTM & IPB amat bermakna buat saya apabila bersama-sama didalam meja rundingan membincangkan kerjasama kedua-dua institut. Konsep keusahawanan dalam Institusi mereka amat membuka mata saya dalam memperkasakan perniagaan yang sedang saya jalankan.










Harapan saya agar semangat ini dapat dikongsikan kepada anda semua dalam memajukan program pertanian di Malaysia.

Read More..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HARI BERTEMU PELANGGAN




Salam...

Pada 8-9/05/10 yang lalu, KS ECOHARVEST telah menerima jemputan daripada Jabatan Pertanian Klang untuk menyertai 'HARI BERTEMU PELANGGAN' yang telah diadakan di Pusat Pertanian Meru, Klang, Selangor.

Pada acara yang diadakan selama 2 hari tersebut, kami telah membuka booth pameran serta kaunter jualan produk yang telah kami sediakan. Disamping itu, kami telah berjaya memperkenalkan syarikat kami kepada pengunjung yang hadir.

Acara seperti ini begitu penting dalam mempromosikan syarikat kami & juga perkhidmatan yang kami sediakan.

Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan begitu lancar sekali dan kami juga telah berjaya menjual hampir keseluruhan produk yang kami sediakan dengan begitu baik sekali.

Terima kasih saya ucapkan kepada isteri tercinta Siti Hajar, Ridzuan & Norrita, Azhar, Anuar, Ridhuan, Norlaily & keluarga, & ibu saya Puan Hamidah serta ramai lagi yang memberikan semangat & membantu kami serta menyokong perjuangan kami.

Terima kasih semua.

Read More..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MEMPERKASA BUDAYA KEUSAHAWANAN

Salam…

Pada 30 & 31 Mac 2010, saya telah menghadiri persidangan Koferensi Usahawan Kebangsaan (NiCE 2010) anjuran UiTM & ERSC (Entrepreneurship Research & Support Centre) yang telah diadakan di SACC Convec, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Konferensi yang dirasmikan oleh YB Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri) ini bertemakan “Memperkasa Budaya Keusahawanan”.
Antara isi kandungan konferensi ini adalah:

1) Pembentangan Kertas Perdana oleh Unit Perancang Ekonomi JPM & Mydin Mohamed Holdings Bhd
2) Forum mengenai:
*Penawaran Peluang Perniagaan – MAFC, IKS, NCER, Biotech Corp, IRDA, Mydin.
*Perkongsian Pengalaman Usahawan – Les’ Copaque, Otai Burger.
*Peranan Agensi dalam Pembangunan Keusahawanan – KKLW, SKM, MITI
3) Pembentangan kertas kerja penyelidikan keusahawan dari pelbagi sektor dan institusi.

Kesimpulannya, konferensi yang telah saya hadiri selama 2 hari ini begitu banyak membantu dalam memberikan saya peluang untuk maju kehadapan sebagai seorang usahawan. Disamping itu, informasi yang saya rasakan sukar untuk kita dapat sekiranya kita tidak kehadapan adalah sesuatu yang bernilai untuk digunakan untuk merebut peluang2 keemasan yang ada sebagai seorang usahawan bumiputera.

Akhir kata, berjayalah kita sebagai seorang usahawan bumiputera dan rebutlah peluang & hak yang tersedia dalam memperkasakan ekonomi bangsa kita agar menjadi peneraju & penentu ekonomi Negara di masa hadapan.

“KALAU ORANG YANG TIADA HAK BOLEH MENUNTUT DIDALAM PERLEMBAGAAN, TIDAKKAH ORANG YANG ADA HAK BOLEH MENUNTUT HAKNYA DIDALAM PERLEMBAGAAN”

“JIKA ANDA TIDAK BOLEH KUASAI DIRI, ANDA TIDAK BOLEH UBAH APA-APA, JIKA ANDA KUASAI ILMU, ANDA BOLEH KUASAI DUNIA”

Read More..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...