BORANG MAKLUMAT KS ECOHARVEST

Nama *

First

Last
Alamat *

Street Address

Address Line 2

City

State / Province / Region

Postal / Zip Code

Country
Email *
Telefon *
Perkhidmatan *
 Pertanyaan & Khidmat Nasihat 
 Pembelian 
 Kursus & Latihan 
 Komen & Cadangan 
Pesanan/Keterangan Anda *
Bagaimana Anda Mengetahui Mengenai Kami
 Facebook 
 Google Search Engine 
 Yahoo 
 Blog 
 Rakan Anda 
 Iklan/Advertisement 
 Lain-lain (Nyatakan) 
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[Refresh Image] [What's This?]
Powered byEMF Forms Online
Report Abuse

Like Kami Di Facebook

Showing posts with label AGRO TIPS. Show all posts
Showing posts with label AGRO TIPS. Show all posts

LANGKAH UNTUK MENURUKAN KANDUNGAN KOLESTROL

Apa kata kita berkongsi sedikit mengenai bagaimana boleh kita turunkan kandungan kolestrol...

Amalkan langkah ini untuk menurunkan risiko anda terhadap kandungan kolestrol yang tinggi dalam darah.


1. Makan makanan yang sihat untuk jantung:
  • Sayur-sayuran & buah-buahan
  • Bijirin, pasta & kekacang
  • Jagung, roti
  • Susu skim @ susu 1% lemak
  • Yogurt rendah lemak
  • Keju rendah @ tanpa lemak
  • Ikan
  • Ayam & ayam belanda tanpa kulit
  • Daging yang dipotong nipis

 2. Kurangkan pengambilan makanan berikut:
  • Nangka, cempedak, langsat, pisang, anggur, & air kelapa
  • Kacang tanah
  • Marjerin & minyak

3. Elakkan mengambil makanan ini:
  • Susu penuh krim
  • Krim & ais krim
  • Keju tinggi lemak
  • Mentega
  • Lemak daging
  • Sosej, hotdog, bologna
  • Organ dalaman haiwan seperti hati & pedal
  • Kuning telur
  • Santan kelapa & lemak haiwan

4. Pilih aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama keluarga anda seperti:
  • Berjalan
  • Senamrobik
  • Berkebun
  • Menari
  • Bersukan
  • Bermain lompat tali

5. Sasarkan berat badan unggul anda. Ambil langkah yang dapat menurunkan berat anda jika terlebih berat badan. Cuba turunkan berat badan secara perlahan-lahan. Cuba amalkan cara-cara berikut:
  • Makan buah-buahan & sayuran
  • Elakkan mengambil makanan yang tinggi lemak & kalori
  • Ambil makan dalam kuantiti yang sedikit
  • Bakar, rebus, & panggang makanan anda
  • Lakukan aktiviti fizikal setiap hari

NAMPAK TU!!! Harap2 saya sendiri berjaya untuk ikut saranan yang diberikan ini...Maklumla kita ni pun tergolong juga dalam kumpulan High K!!! Kalau Rock Melon ni High K sure manis punya...Hahahahaha!!!

Kesemua tips diatas menunjukkan bahawa pemakanan SAYUR-SAYURAN & BUAH-BUAHAN begitu berkait rapat dalam mengurangkan Kolestrol di dalam badan!!!

Semoga info ini dapat memberikan semangat untuk anda memulakan pemakanan sayur-sayuran & buah-buahan.

Kalau nak tanam sendiri Sayur & Buah tu lagiiiiii baguih!!! Belajar dengan kami ok!!! 

Your Agrotech Expert!!!

Selamat....





Read More..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Waktu Sesuai Menyembur Foliar

Selamat pagi warga Planter's Ville, di sini terdapat sedikit tips yang ingin kami kongsikan untuk pengetahuan kita bersama. Waktu pagi seperti ini disekitar jam 6.30am - 9am merupakan waktu yang paling sesuai untuk membuat semburan foliar, kerana waktu ini liang stoma sedang terbuka dibawah permukaan daun bermakna kadar penyerapan nutrien lebih baik pada waktu ini.






Read More..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

RACUN SERANGGA SEMULAJADI

Serangan serangga perosak dan juga penyakit atau panggilan planters PEST & DISEASE (P&D)kadangkala boleh mencecah sehingga ke tahap kritikal terutama sekali di musim hujan seperti sekarang ini. Penggunaan racun kimia sekalipun belum tentu dapat mengurangkan serangan ini. Masalah yang sama juga terjadi kepada kami.
Kos racun yang tinggi amatlah dirasai tatkala serangan semakin serius, maka saya seharusnya mencari alternatif lain bagi menangani masalah ini daripada berlarutan.
Setelah beberapa penyelidikan biasa dilakukan, saya tertarik untuk membuat racun semulajadi buatan sendiri. Kebanyakan testimoni yang saya baca banyak memberikan respon positif apabila menggunakan racun semulajadi tersebut.
Bagi menghasilkan racun semulajadi ini, bahan-bahannya amtlah mudah untuk didapati kerana kesemuanya adalah barangan keperluan harian yang kita gunakan untuk memasak. Menarik kan?
Bahan-bahan tersebut akan dikisar sehingga lumat sebelum dibiarkan selama semalaman. Keesokan harinya barulah kita tapis dan kemudiannya di campurkan dengan air bersih dengan nisbah 1:200.
Kebaikan racun semulajadi:
  1. Kos yang murah
  2. Mudah didapati
  3. Selamat
  4. Semulajadi (tiada kaitan dengan bahan kimia)
  5. Kadar rintangan (resistence) serangga tidak akan berlaku
  6. Seronok untuk melakukan terutama bagi mereka yang jarang memasak
Untuk penggunaan seterusnya saya akan menambah beberapa bahan lain seperti daun semambu (neem), minyak lestari (essential oil), bawang merah, serai wangi dan lain-lain.
Saya akan memberikan respon saya setelah selesai menggunakan racun semulajadi ini.OK!!!
Selamat mencuba!!!

Read More..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TIPS UNTUK DIKONGSI



Anda tentu resah & gelisah ketika memikirkan bagaimana untuk menghalau haiwan sekiranya ladang anda diganggu oleh monyet, beruk, ataupun lotong. Haiwan seperti ini mampu untuk merosakkan tanaman anda dari hari ke hari dengan begitu pantas sekali andai anda tidak mengambil langkah pencegahan awal secepat mungkin. Disini saya ingin berkongsi kepada anda bagaimana saya mengawal serangan perosak ini. Sebelum saya mengambil keputusan untuk menggunakan teknik ini, ada beberapa petua yang telah diberikan kepada saya mengenainya. Antaranya:

  • Beri haiwan tersebut makanan & letakkan di kawasan luar dari kawasan ladang agar haiwan tersebut tidak mengganggu ladang kita.
  • Letakkan racun pada buah-buahan ataupun makanan & berikan kepada mereka dengan harapan haiwan tersebut akan mati selepas memakan makanan tersebut.
  • Tangkap beberapa ekor haiwan tersebut & spraykan dengan warna yang menakutkan kemudian dilepaskan agar rakan-rakan haiwan tersebut takut & lari.
  • Bunuh seekor haiwan terbut & gantung di luar kawasan ladang, ini akan menakutkan haiwan yang lain.

Petua sebegini amat berguna, tetapi bagi saya ia akan mengakibatkan haiwan tersebut akan pergi hanya untuk seketika & berkemungkinan ia akan datang kembali untuk membalas dendam.
Keputusan yang telah saya buat adalah:
  • Membungkus belacan kedalam beg plastik & kemudiannya digantungkan di sekeliling pagar ladang. Haiwan tersebut akan mengambilnya kemudian dikoyakkan lalu belacan itu akan terkena tangannya yang akan membawa padah.Tambahkan belacan tersebut sekiranya berkurangan
  • Menggantung Jus sirap yang telah dibotolkan desekeliling pagar ladang, dimana warna air di dalam botol itu se akan darah. Secara psikologinya ia akan menakutkan haiwan tersebut bahawa terdapat darah disekeliling kawasan ladang tersebut.

Alhamdulillah, setakat ini gangguan monyet, beruk & lotong dikawasan kami mencecah 0% selepas kami mengamalkan teknik tersebut. Kosnya juga murah dimana 1kg belacan hanya berharga RM5 dan boleh memuatkan sehingga 20 bungkusan.Jus sirap juga tidaklah terlalu mahal jika dibandingkan racun yang kita beli...

Ingatlah peribahasa ini

"SEPERTI BERUK KENA BELACAN"

SELAMAT MENCUBA!!!

Read More..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...