BORANG MAKLUMAT KS ECOHARVEST

Nama *

First

Last
Alamat *

Street Address

Address Line 2

City

State / Province / Region

Postal / Zip Code

Country
Email *
Telefon *
Perkhidmatan *
 Pertanyaan & Khidmat Nasihat 
 Pembelian 
 Kursus & Latihan 
 Komen & Cadangan 
Pesanan/Keterangan Anda *
Bagaimana Anda Mengetahui Mengenai Kami
 Facebook 
 Google Search Engine 
 Yahoo 
 Blog 
 Rakan Anda 
 Iklan/Advertisement 
 Lain-lain (Nyatakan) 
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[Refresh Image] [What's This?]
Powered byEMF Forms Online
Report Abuse

Like Kami Di Facebook

FPA FAMILY VISIT KS ECOHARVEST


Assalamualaikum ...

Minggu ini merupakan minggu rezeki yang melimpah ruah untuk kami. Sejak dari isnin sehingga ke hari ini, kami di lawati oleh ramai pelawat-pelawat yang bagi kami merupakan kumpulan penting dalam misi kejayaan syarikat kami. 

Bermula dari wartawan Sinar Harian, Ahli Lembaga Koperasi Kapar Berhad, dan yang terbaharu adalah lawatan daripada Dekan Fakulti Perladangan & Agroteknologi, UiTM Shah Alam, Prof. Dato' Dr. Haji Nasuddin bin Othman dan Ketua Program Pascasiswazah, Dr. Siti Noor Hajjar serta dua orang penuntut, saudari Rosdiyani dan saudara Fahmi pada pagi ini.

Ia merupakan satu penghormatan & penghargaan dari kami di KS ECOHARVEST apabila orang # 1 di dalam fakulti sudi untuk meluangkan masa meninjau perjalanan projek kami. Kesempatan selama lebih kurang 2 jam bersama di PLANTER'S VILLE digunakan sebaiknya dalam membincangkan mengenai hal-hal pertanian.

Kami berharap agar kerjasama ini dapat diteruskan di masa akan datang seterusnya membantu KS ECOHARVEST dalam melebarkan sayap di dalam industri pertanian ini.

Kepada pelajar yang ingin menyertai KS ECOHARVEST dalam menimba pengalaman di dalam bidang pertanian khususnya fertigasi seperti latihan praktikal, anda dialu-alukan untuk berhubung dengan Sales & Marketing Exec. kami iaitu En. Mohd Rawi bin Othman di talian 0139155388.

Sampai kita berjumpa lagi post yang akan datang!!!

SALAM KEJAYAAN!!!








Read More..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KS ECOHARVEST @ SINAR HARIAN 200711


Alhamdulillah...

Perasaan yang sukar digambarkan bilamana saya mengetahui bahawa artikel mengenai syarikat saya KS ECOHARVEST telah tersebar didada akhbar  SINAR HARIAN pagi tadi... Panggilan dari En. Zulhazidan, pegawai pertanian Jabatan Pertanian yang menelefon saya pagi tadi & memberitahu saya mengenai perkara ini memberikan semangat tambahan yang baru untuk saya meneruskan agenda memperkasakan industri pertanian ini....

Bagi saya, satu lagi anak tangga telah berjaya saya daki... Usaha harus diteruskan... Jangan toleh ke belakang lagi... Insya Allah... Pasti akan berjaya!!!

THINK GREEN!!! GO GREEN!!! NATURE'S GROW, WE HARVEST!!!

Read More..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SINAR HARIAN VISIT KS ECOHARVEST

SALAM KEJAYAAN SEMUA!!!
Post kali ini ingin kami kongsikan beberapa detik menarik di PLANTER'S VILLE.

LAWATAN SINAR HARIAN KE PLANTER'S VILLE

Baru sahaja petang tadi (180711 jam 5 petang) kami telah didatangi oleh saudari Zehan dari akhbar Sinar Harian yang telah hadir untuk membuat sesi temuramah & lawatan untuk dimuatkan dalam kolum akhbar Sinara Harian. Ianya telah membuka lembaran baru dalam memperkenalkan syarikat kami kepada anda semua.

Ianya merupakan suatu perkara yang menarik & membanggakan tatkala kami sedang berkerja keras melaksanakan kerja-kerja di ladang.

InsyaAllah laporan hasil temuramah bakal dimuatkan dalam akhbar tidak lama lagi.









GETU & TRELLIS

Siapa nak kena getu??? Hehehehe...Bukan getu di peha...Tapi menggetu tunas air...

Kerja-kerja membuang tunas air telahpun bermula. Pemasangan trellis juga telah berjalan seperti yang dirancang. Selepas ini, bermula projek melilit pokok rock melon ini setiap hari...Huhuhuhu...





UiTM RESEARCH @ PLANTER'S VILLE

Perkembangan terbaru dari ladang KS ECOHARVEST diteruskan dengan kemasukan 5 penuntut UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) khususnya dari Fakulti Perladangan & Agroteknologi yang kini telahpun memulakan program penyelidikan di PLANTER'S VILLE.

Alhamdulillah mereka yang terdiri daripada pelajar ijazah & juga Master begitu komited dengan penyelidikan di Planter’s Ville. Diharapkan agar program seperti ini dapat memberikan manfaat kepada syarikat.

Pada sesi kali juga kami bakal membuka peluang kepada para pelajar khususnya DPIM di peringkat cawangan untuk menjalani latihan praktikal di PLANTER'S VILLE dimana kami membuka kuota seramai 6 orang sahaja & kami mengharapkan penyertaan dari setiap cawangan (ARAU, JENGKA, KUALA PILAH, SAMARAHAN, KOTA KINABALU). Mudah sahaja, anda hanya perlu isi maklumat di borang secara online yang terdapat di blog kami.







NEW COMER @ KSECOHARVEST

Ahli baru Planter’s Ville yang menjadi penyeri dan penghibur di kala kami sedang kepenatan telah pun hadir  iaitu arnab yang kami baru beli minggu lepas.Gelagat mereka sangat mencuit hati.

Kami mengalu-alukan kedatangan anda ke PLANTER'S VILLE, banyak perkara yang menarik boleh dikongsi bersama. Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi Marketing Exec. kami - En. Rawi (013-9155388).




SALAM PERKENALAN PADA ORANG JAUH

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada En. Hafizullah Mansor, guru Sekolah Menengah yang bertempat di Negeri Sembilan yang telah hadir melawat ladang kami pada hari Sabtu yang lalu (160711).
Kami berharap agar segala info yang telah disampaikan oleh En. Rawi, Marketing Exec kami dapat dijadikan panduan dalam meneruskan projek Fertigasi ditempat cikgu.


OKLAH!!! SAMPAI DISINI DAHULU INFO TERBARU MENGENAI KAMI.... ESOK NAK SAMBUNG KERJA PULAK...BAGI KAMI REHAT DULU OK!!!

SALAM KEJAYAAN!!!

Read More..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HOW TO START A FLOWER GARDEN

Hi everybody today i would like to share about HOW TO START A FLOWER GARDEN. 

Garden can be fun to plant, and entertaining to grow. Whether it is a veggie garden, a herb garden, or flower garden, it is great to watch it grow. Many people have a garden because they love fresh flowers and vegetable or just fun of it.


Steps.
  1. Start small. Enthusiasm for gardening is great but can rapidly deteriorate when work mounts. Start with a small flower bed, let say 25 square feet which provides room for 20 to 30 plants with perhaps three types of annuals, and one or two perennials.Make a small border, or you first flower gardening in a container. Two or three plants sharing a fancy container can look stunning and give and give you a sample of what is to come.
  2. Make a detailed landscaping plan and dig a flower bed to fit the scheme. You can either plan it on paper or simply lay it out in your garden. Laying a garden hose  on the ground is one way to mark or plan a gentle curve.
  3. Choose a site. How much sun an area gets is prime consideration. Six hours of sunlight will do for most variety of plant. Stay away from underground utility lines and allow at least three feet from a building or fence.In hot climates, it is best to have some shade from the relentless afternoon sun, so a flower bed to the east of a building, or fence usually works best. Your garden will also need frequent watering.
  4. Choose a site with good soil, if possible. All soils can be improved, but avoid areas with shallow, rocky soil, where water stands or steep slopes. Stay at least 20 ft away from a large tree or 5ft away from size able bush. Trees will compete with your garden for water and nutrients.
  5. Get a soil test. While not strictly required, a soil test will help determine what nutrients the soil requires which indicates what fertilisers the soil needs as well as its pH.
  6. Start digging.One you locate a site and mark out the boundaries with a water hose, remove all sod and pieces of grass or weeds that may resprout. Use a spade or garden fork to completely dig up the bed at least eight inches deep. Remove rocks and debris.
  7. Level the bed and break any clods with a rake.Add one or more inch of compost or manure, more if the soil is poor. If the soil is sandy, add peat moss or grass cutting to improve the soil's water holding capacity. Add lime if the soil is too acid. Most plants like neutral to slightly acid soil.
  8. Buy plants or seeds then plants according to their direction.Smaller plants go in the front of the bed. Most plants are planted at the same depth they were growing. Firm the soil around them. remember when placing plants, they will grow, so start with extra space and read the labels carefully to see how much space to leave.
  9. Water thoroughly. A good gardener will check whether water is required before watering. How much water depends on the needs of your plants, the climate, and exposure, and how much rain it gets.
  10. Lastly, cut spent blooms periodically.Many plants will re-bloom, but only if the old blooms are cut. Also, support and prune your plants as necessary.




HOPE YOU ALL ENJOY.....



 

Read More..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PROJEK TANAMAN ROCK MELON SESI JUN - SEPTEMBER 2011



Assalamualaikum,

Perkembangan terbaru KS ECOHARVEST diteruskan dengan bermulanya program penanaman sesi JUN - SEPTEMBER 2011 dimana sebanyak 2000 benih rock melon "glamour' telah disemai & kini telahpun memasuki hari yang ke-5. InsyaAllah kerja-kerja transplanting akan dilakukan pada hari Khamis ini.

Tapak blok 'C' yang mampu memuatkan sehingga 1725 pokok juga telah berjaya di siapkan untuk memulakan projek yang bakal mengeluarkan anggaran hasil sebanyak 3 - 3.5 MT. 

Program penanaman ini akan diteruskan di blok yang lain (A,B,D) dimana kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan & berdasarkan perancangan, setiap blok akan ditanam mengikut perbezaan 2 minggu bagi setiap blok.

Kami mengharapkan & berdoa agar program kali ini berjalan dengan jayanya & mengikut seperti yang kami rancangkan, Amin...












Read More..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...