Like Kami Di Facebook
TAHUN BARU 1432 HIJRAH
Kali ini saya akan kongsikan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang bulan yang lalu.
HARI BERTEMU PELANGGAN
PROJEK HIGH SCHOOL KLANG
PROJEK TANAMAN ROCK MELON APR-JULY2010
MEMPERKASA BUDAYA KEUSAHAWANAN
Salam…
Pada 30 & 31 Mac 2010, saya telah menghadiri persidangan Koferensi Usahawan Kebangsaan (NiCE 2010) anjuran UiTM & ERSC (Entrepreneurship Research & Support Centre) yang telah diadakan di SACC Convec, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Konferensi yang dirasmikan oleh YB Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri) ini bertemakan “Memperkasa Budaya Keusahawanan”.
Antara isi kandungan konferensi ini adalah:
1) Pembentangan Kertas Perdana oleh Unit Perancang Ekonomi JPM & Mydin Mohamed Holdings Bhd
2) Forum mengenai:
*Penawaran Peluang Perniagaan – MAFC, IKS, NCER, Biotech Corp, IRDA, Mydin.
*Perkongsian Pengalaman Usahawan – Les’ Copaque, Otai Burger.
*Peranan Agensi dalam Pembangunan Keusahawanan – KKLW, SKM, MITI
3) Pembentangan kertas kerja penyelidikan keusahawan dari pelbagi sektor dan institusi.
Kesimpulannya, konferensi yang telah saya hadiri selama 2 hari ini begitu banyak membantu dalam memberikan saya peluang untuk maju kehadapan sebagai seorang usahawan. Disamping itu, informasi yang saya rasakan sukar untuk kita dapat sekiranya kita tidak kehadapan adalah sesuatu yang bernilai untuk digunakan untuk merebut peluang2 keemasan yang ada sebagai seorang usahawan bumiputera.
Akhir kata, berjayalah kita sebagai seorang usahawan bumiputera dan rebutlah peluang & hak yang tersedia dalam memperkasakan ekonomi bangsa kita agar menjadi peneraju & penentu ekonomi Negara di masa hadapan.
“KALAU ORANG YANG TIADA HAK BOLEH MENUNTUT DIDALAM PERLEMBAGAAN, TIDAKKAH ORANG YANG ADA HAK BOLEH MENUNTUT HAKNYA DIDALAM PERLEMBAGAAN”
“JIKA ANDA TIDAK BOLEH KUASAI DIRI, ANDA TIDAK BOLEH UBAH APA-APA, JIKA ANDA KUASAI ILMU, ANDA BOLEH KUASAI DUNIA”
2010 PROGRESS
Hasil Pengeluaran Cili Setiap Hari
Namun, musim kali ini akan kami hentikan awal berkemungkinan pada bulan April, 1 bulan lebih awal dari jadual asal, ianya disebabkan oleh penyelerasan yang kami lakukan bagi musim depan dimana kami akan membuka keseluruhan tapak pertanian kami yang bakal memuatkan sehingga 15000 pokok.
Disini saya ingin mengumumkan bahawa program ‘KS SMARTDEAL’ akan diperkenalkan dalam masa yang terdekat ini. Program ini memberi peluang kepada anda bersama-sama merasai semangat 'PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN' dengan mengadakan usahasama dalam projek pertanian yang kami jalankan. Pada kali ini kami akan memulakan dengan projek tanaman cili kami dan InsyaAllah program ini akan diteruskan dengan projek tanaman seterusnya seperti pisang, nangka, ubi kayu, nenas & tanaman lain.
Kini, kami dalam usaha mengukuhkan strategi pemasaran hasil keluaran agar lebih mantap & lebih berdaya saing. Kami mengalu-alukan syarikat/kilang yang menggunakan cili merah sebagai bahan asas dalam produk mereka untuk mengadakan perbincangan dengan pihak kami.
Sepanjang bulan Januari sehingga Mac ini, terdapat beberapa program yang telah dijalankan dan kami sertai di antaranya kehadiran penuntut & Pensyarah dari UiTM yang telah menjalankan projek ETR mereka di ladang kami selama 1 minggu. Ladang kami juga telah menerima kunjungan daripada pegawai FAMA Shah Alam, Klang & Puchong, seterusnya pegawai dari Jabatan Pertanian Klang. Kami juga telah menyertai beberapa kursus lanjutan yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Pertanian Daerah Klang.
Pensyarah & Penuntut Dari UiTM Shah Alam & Samarahan.
Setakat ini dahulu info terbaru dari kami, Insya Allah kami akan kongsikan informasi lain kepada anda.
Read More..MENUJU KEJAYAAN
Salam...
Rumah semaian anak benih juga telah kami pindahkan ke kawasan yang baru dan kali ini rumah semaian tersebut di reka dengan lebih teratur & efisyen demi memastikan anak benih yang dihasilkan lebih berkualiti mengikut standard yang ditetapkan. Saya berharap agar dengan terbinanya rumah semaian yang baru ini dapat meyakinkan pelanggan untuk membeli atau menempah anak benih dengan KS Ecoharvest.
GEGAR 2010!!!
- KS DIY - PAKEJ FERTIGASI 'EDIBLE GARDEN' DIY KHUSUS BUAT PEMINAT SAYURAN DIRUMAH
- KS MINI - PAKEJ FERTIGASI MINI KHUSUS BUAT MEREKA YANG INGIN BELAJAR MENDALAMI SISTEM FERTIGASI
- KS BIZ - PAKEJ FERTIGASI KHUSUS BUAT USAHAWAN YANG INGIN MENCEBURKAN DIRI DALAM PROJEK PERTANIAN BERSKALA BESAR
- KS ZERO TO HERO - KURSUS FERTIGASI & PERTANIAN KHUSUS BUAT MEREKA YANG INGIN MELENGKAPKAN DIRI DENGAN ILMU PENGETAHUAN
- KS SMARTDEAL - USAHASAMA DIANTARA SYARIKAT DAN PELANGGAN KE ARAH KEJAYAAN BERSAMA
- KS TRADING - JUALAN PRODUK FERTIGASI & PERTANIAN
- KS SLURPP - JUALAN PRODUK BAKERI BERKUALITI TINGGI DARI CHEF HOTEL BERPENGALAMAN.
- KS CATERING - PERKHIDMATAN KATERING YANG DISEDIAKAN OLEH GABUNGAN CHEF HOTEL BERPENGALAMAN & CHEF 'HOME MADE SECRET TOUCH'
Kelapan - lapan projek 3P ini secara rasminya bermula pada tahun 2010 ini dengan harapan berjaya membentuk masyarakat yang cintakan pertanian.
Apa yang anda hanya perlu lakukan adalah dengan menekan kesemua 'icon' untuk mendapatkan maklumat disana. Mudahkan?
Kesemua 'icon' tersebut akan aktif dari semasa ke semasa..So, aktifkan diri anda secepat mungkin!!!