Salam...
Alhamdulillah, perjalanan kerja telah berjaya diselaraskan setelah kehadiran 2 orang pekerja baru. Sepanjang minggu pertama tahun baru ini banyak dihabiskan dengan menyelesaikan hal kemasukan pekerja.
Pokok cili juga telah menunjukkan tanda-tanda peningkatan dan semakin baik setelah kami menggunakan kawalan serangga 'biopesticide' hasil ciptaan kami. Kehadiran kelulut & juga benificial insect yang lain sangat membantu dalam proses pendebungaan pokok cili. Ianya merupakan perkara yang paling menyeronokkan saya ketika ini.
Rumah semaian anak benih juga telah kami pindahkan ke kawasan yang baru dan kali ini rumah semaian tersebut di reka dengan lebih teratur & efisyen demi memastikan anak benih yang dihasilkan lebih berkualiti mengikut standard yang ditetapkan. Saya berharap agar dengan terbinanya rumah semaian yang baru ini dapat meyakinkan pelanggan untuk membeli atau menempah anak benih dengan KS Ecoharvest.
Tidak kurang juga dengan kehadiran ramai tetamu yang melawat 'PLANTER's VILLE' seperti En. Hamidun yang membawa saya ke Kampung Perepat, En. Zulhazidan & En. Kamal dari Jabatan Pertanian, Boyan & Bok yang datang jauh dari Johor, En Mukhid & En. Rosli dari FAMA, En. Umar & isteri dari Shah Alam dan juga En. Rafli Halim, rakan baik saya semasa di Boustead Plantation. Tidak lupa juga adik & rakan2 yang hadir untuk sesi mengambil gambar gambar ladang dengan pose yang menarik.
Permulaan tahun 2010 juga bermula dengan sangat memberangsangkan setelah projek 'GEGAR 2010' dilancarkan dimana blog kami sudah mula dikenali & produk kami juga sudah mula terjual. Kami akan cuba memberikan info yang terbaik untuk rujukan anda.
0 comments:
Post a Comment